Tuesday, November 15, 2011

Kewartawanan dalam talian harus dikawal



Hari-hari yang cukup mencabar bagi masyarakat Malaysia sudah tiba dengan kemunculan arus-arus media baru yang sedang giat dipertontonkan dihadapan masyarakat kita yang berbilang bangsa. Kewartawanan dalam talian dewasa kini telah menjadi medium untuk ahli politik, para sosialis dan realist, pelajar, dan masyarakat umumnya ingin menjadi wartawan yang tidak bertauliah. Dahulu mereka masih tercari-cari bagaimana untuk meluahkan pandangan, menyampaikan idea, pendapat mereka tentang sesuatu perkara amat sukar, tetapi dengan adanya kewartawanan dalam talian, mereka boleh menyalurkan kesemua rasa yang terpendam di dalam lubuk hati dan pemikiran masing-masing melalui blog, website, akhbar parti pembangkang, dan sebagainya.

Menurut mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed ketika berucap mengenai Dilema Ekonomi Bangsa Malaysia di Universiti Putra Malaysia, “kepelbagaian saluran seperti blog boleh dijadikan sebagai platform untuk ahli politik bersuara dan kita boleh menggunakan blog ini untuk menyampaikan pendapat jika kita tidak dapat bersuara di dalam sesebuah parti”. Saya setuju dengan pendapat mantan perdana menteri kita, kadangkala suara yang tidak didengari ini mempunyai kualiti dan idea yang berbeza, maka dengan adanya media baru ini mereka boleh menegakkan pandangan mereka. 

Tetapi, sesetangah daripada mereka yang digelar ‘wartawan tidak bertauliah’ ini telah melampaui batas-batas sehinggakan ada yang menghambur kata-kata jijik dan kurang enak dibaca apatah lagi untuk didengari. Saya bukan ingin menunding jari kepada sesiapa, tapi sebagai pemerhati, saya melihat kewartawanan dalam talian ini harus dikawal agar tidak dijadikan medium untuk mencaci, mengutuk, menghina, antara satu sama lain. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr. Rahmat Ghazali didalam artikel ‘Kesan Kebiadaban Di Dunia Siber’, beliau mendapati bahawa caci-cerca dan maki hamun sesame kaum oleh golongan dan individu yang tidak bertanggungjawap amat lumayan seperti berikut; (Melayu Babi, 703,000), (Cina Babi, 661,000), (Keling Babi, 116,000).



Adakah perkara ini yang kita mahu lihat terjadi didalam negara kita? ,disebalik imej Malaysia sebagai negara berbilang bangsa yang aman dan harmoni, tetapi realiti nya, kewartawanan dalam talian ini menjadi duri dalam daging yang menghasutkan semangat perkauman, sifat kebencian antara individu, dan sebagainya. Perkara ini harus dibendung dan dikawal, kelak ia akan menimbulkan bencana yang besar, malah lebih teruk lagi seperti peristiwa hitam berdarah. Malah, perkara ini menjadi semakin parah sehinggakan ada diantara rakyat Malaysia sanggup menghina Almarhum Sultan Johor dengan menulis blog bertajuk “Sultan Johor is Dead, Bravo!” oleh adukateruna.blogspot.com yang menghina dan menghambur kata kesat kepada Almarhum Sultan. Dan saya sebagai umat Islam sendiri amat kecewa apabila penulis blog “adukateruna” ini sanggup mencaci isteri-isteri nabi Muhammad s.a.w di dalam blognya bertaju “sembang mazhab”. Dengan menggunakan bahasa yang tidak sopan, mencari-cerca, beliau seperti boneka yang tidak bermaruah di mata saya. Dengan iman yang tidak seberapa didada, beliau berlagak sombong dan takbur umpama dunia ini beliau yang punya. 




Pada pendapat saya, kerajaan perlu mengawal kewartawanan dalam talian ini dan memantau perkara ini, mungkin ia agak sukar untuk memantau secara satu persatu, tetapi dengan teknologi yang serba canggih sekarang ini, ia tidak mustahil. Ini kerana, pihak Central Investigation Agency (CIA) Amerika Syarikat, telah mempunyai satu kaedah untuk memantau lebih daripada 5 juta perbualan di rangkaian laman media sosial, Twitter, sehari. (sumber daripada Berita Harian Online). Maka, pihak kerajaan harus membuat initiative awal untuk membendung perkara ini sebelum ia mengancam keamanan negara ini. Selain itu, setiap individu haruslah mengetahui had masing-masing sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam berbilang bangsa. Malah, setiap individu harus mempunyai etika untuk dijadikan sebagai panduan untuk mempetahankan keamanan sejagat.



No comments:

Post a Comment